Anwar menang, harga satay turun, BN pun turun

Posted by Semua Berita Ada Disini


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan.

Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa  Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut.

"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya  dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.

Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang.

Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin.

Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu.

Related Post



Posting Komentar