Ujian getir menanti Johor Darul Ta'zim (JDT) tatkala memulakan kempen Piala FA apabila sekali lagi berdepan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. Kemungkinan tanpa kelibat kapten Aidil Zafuan Abd Radzak yang mengalami kecederaan paha kanan pasti memberi kesan buat perancangan pengendali skuad Harimau Selatan, Cesar Ferrando Jiminez yang harus memantapkan benteng pertahanan.
Apa pun, Jiminez masih memiliki pilihan sama ada menurunkan S Subramaniam atau Mohd Fadhli Shas mengemudi benteng bersama Baihakki Khaizan pada perlawanan itu. Sedia 100 peratus Selain itu, jurulatih dari Sepanyol itu perlu memastikan barisan serangan harus lebih tajam supaya langkah ke suku akhir tidak disekat oleh anak didik Mohd Azraai Khor Abdullah.
“Piala FA amat penting bagi JDT, kita perlu menang kerana sebagai finalis pada musim lalu, sasaran utama adalah menjuarai piala itu bagi memburu slot ke Piala AFC musim depan. “Siapa yang ganti Aidil Zafuan belum diputuskan lagi kerana saya mahu penggantinya bersedia lebih 100 peratus untuk memastikan benteng sentiasa ampuh. “Mungkin kelebihan kepada JDT yang beraksi di laman sendiri tetapi saya tidak mahu pemain terlalu selesa sebaliknya tumpuan dan disiplin di padang amat penting kerana pasukan lawan mampu membuat kejutan,” katanya semalam.
Home » Berita Sukan » JDT jaga2 Tteam Pembunuh Senyap
JDT jaga2 Tteam Pembunuh Senyap
Posted by Semua Berita Ada Disini
Posting Komentar