Dun Kajang tangga Anwar ke Putrajaya

Posted by Semua Berita Ada Disini

Penganalisis tidak menolak dakwaan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang sebagai tangga Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan meletakan Anwar sebagai calon, adalah untuk merealisasikan agenda lebih besar.

“Kemasukan Anwar sebagai Adun Kajang adalah tangga mencapai cita-citanya jadi perdana menteri.

“Jika cita-cita Anwar mahu menjadi perdana menteri tercapai maka Azmin akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasional Dun Kajang dipilih sebagai jalan untuk Anwar dan PR ke Putrajaya.

Menurutnya, kemasukan Anwar dalam Selangor adalah strategi bagi memudahkan PR memenangi PRU14.

“Selangor merupakan negeri paling strategik dan mendapat perhatian masyarakat. Jadi sebarang usaha Anwar memajukan Selangor seandainya beliau menang di Dun Kajang akan membuka mata masyarakat.

"Ini seterusnya membuka peluang besar kepada PR menguasai PRU14,” katanya.

Sebelum ini, PKR menjelaskan tindakan meletakkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang sebagai satu strategi radikal menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun langkah ini tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuat dan dalam masa sama menjadi wadah PR menawan Putrajaya.

Samsul berkata, sokongan kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terhadap pencalonan Anwar dilihat mempunyai agenda tersembunyi.

Katanya, sokongan kuat Azmin terhadap Anwar berkemungkinan wujud habuan kepada Timbalan Presiden PKR itu berdasarkan perancangan yang diatur parti.

Related Post



Posting Komentar