Pelajar terbaik ACCA anak penjaja jer,,, pon boleh berjaya anda?

Posted by Semua Berita Ada Disini

Kesedaran ayah, ibu tentang kepentingan pelajaran rahsia dua beradik jadi pelajar terbaik ACCA 

November tahun lalu, wajah Siti Aisah Kamarulzaman, 22, terpampang di muka akhbar tempatan dengan tajuk ‘Siti Aisah ketujuh terbaik dunia’ kerana pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). 

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu juga turut diumumkan sebagai pelajar terbaik ACCA Malaysia, meneruskan kejayaan abangnya, Khalid, 23, yang diiktiraf pelajar terbaik ACCA Malaysia 2012. 


Sempat menemui personaliti cemerlang itu minggu lalu, Siti Aisah hadir ditemani Khalid dalam penampilan cukup ringkas bersahaja. 


Ditanya apakah yang mendorong beliau dan abangnya mengambil peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) sejurus tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya mengambil sijil ACCA, jawapan mudah beliau, kelayakan sijil profesional diiktiraf seluruh dunia. 

“Lagi pun, kalau ambil ijazah, lambat. Jalan pintas untuk mendapat sijil ACCA adalah melalui CAT. 

“Dengan adanya ACCA juga, kami berpeluang bekerja dan menceduk pengalaman di luar negara. Itu antara cita-cita awal kami dulu,” kata Siti Aisah yang lulus cemerlang dalam peperiksaan profesional CAT pada sesi Jun 2011.

Related Post



Posting Komentar