Segerakan berbaik pemuda PAS

Posted by Semua Berita Ada Disini

Susulan kemelut yang melanda dua pemimpin PKR di negeri ini, Pemuda Pas hari ini membuat teguran secara terbuka supaya pemimpin berkenaan menghentikan pertelagahan yang sedang berlaku.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, konflik yang berlaku antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali perlu ditamatkan kerana ia hanya memberi gambaran negatif kepada imej PR.

Beliau  menambah perkara itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan Umno dan BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Perbalahan di antara Abdul Khalid dan Mohamed Azmin kembali memuncak susulan pengguguran Ahli Parlimen Gombak itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Isu itu berlarutan sehingga timbul pula gesaan supaya menteri besar itu digugurkan daripada jawatan yang disandangnya kini.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, teguran yang dilakukan tersebut bukan bertujuan masuk campur hal orang, namun ia berdasarkan tanggungjawab sebagai rakan parti dalam PR.

"Teguran ini bukan soal pemuda Pas ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan untuk mengutarakan nasihat dan teguran ke arah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,” katanya.

Related Post



Posting Komentar