Adun Melintang keluar PKR?

Posted by Semua Berita Ada Disini

Sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi beliau keluar parti.

Surat bertarikh 2 Januari lalu itu ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut.

"Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.

Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.

Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.

PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak

Related Post



Posting Komentar