Mei waktu paling tepat. Tak pernah rasa seyakin ini untuk kongsi mengenainya sebelum ini," jelas penyanyi Misha Omar mengesahkan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 21 Februari ini akan dianjakkan ke Mei depan atas permintaan ibunya.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 32, berkata, keputusan itu diambil sebagai menghormati tempoh edah ibunya, Zainab Mat Nor, 65, berikutan kematian bapanya Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.
Bagaimanapun, Misha berkata, tarikh majlis itu tidak akan didedahkan buat masa ini atas permintaan ibunya sehingga kad jemputan diedarkan kepada semua pihak kelak.
"Kerana ibu sayalah semua benda (perkahwinan) ini bergerak. Atas permintaan ibu juga kita akan berkahwin dalam bulan Rejab iaitu Mei ini.
"Kerana ibu sayalah semua benda (perkahwinan) ini bergerak. Atas permintaan ibu juga kita akan berkahwin dalam bulan Rejab iaitu Mei ini.
"Kebetulan juga tempoh edah ibu akan tamat pada minggu kedua April nanti, jadi sempatlah kita buat persiapan serba sedikit.
"Sebenarnya saya belum kuat (untuk berkahwin) selepas kematian ayah tapi kehidupan perlu diteruskan. Ibu buat keputusan ini dua minggu lalu," katanya.
Misha berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media pengumuman majlis perkahwinannya di sebuah restoran di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama di sini.
Pada majlis sama, Misha turut memperkenalkan tunangnya juga juruterbang MAS, Firros Ezzwan Rosly, 31.
Posting Komentar