Irfan kata betul PBSNT kata pengecut

Posted by Semua Berita Ada Disini

 Pemain pertahanan T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani (gambar) semalam bersumpah bahawa kenyataannya berhubung kekecohan membabitkan T-Team dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Larkin minggu lalu adalah benar.
Pada masa sama, Irfan turut memaklumkan dia bukan lagi pemain T-Team kerana berhenti daripada menyarung jersi pasukan itu dengan alasan mahu menjaga ibu dan seorang adiknya yang tidak sihat. 
Irfan berkata, dia tampil dan sanggup mengangkat sumpah bersaksikan al-Quran dengan penuh rela dan tanpa paksaan bagi menegakkan kebenaran. 

“Dengan ini saya bersumpah semua kenyataan yang dibuat adalah benar,” katanya sambil menyentuh al-Quran menggunakan tangan kanannya.

Terdahulu, Irfan membaca satu kenyataan berkanun dan berkata, pada 1 Februari lalu, dia terbabit dalam satu perlawanan bola sepak antara T-Team dan Johor DT di Stadium Larkin sebagai pemain simpanan.

Katanya, ketika rehat separuh masa, dia terdengar kekecohan di dalam terowong semasa dalam perjalanan ke bilik persalinan. 

“Saya tidak nampak apa yang berlaku di dalam terowong dan ketika berada di bilik persalinan, saya terdengar pemain T-Team Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan (T-Team), Stefano Impagliazzo mendakwa dipukul di terowong. 

“Daripada pemerhatian saya di dalam bilik persalinan, saya dapat melihat tiada sebarang tanda Evaldo dan Stefano dipukul. 

“Ketika di bilik persalinan juga, jurulatih T-Team (Mohd Azraai Khor Abdullah) tidak mencadangkan perlawanan tidak diteruskan, tapi hanya penolong jurulatih, Azlan Johar yang membuat keputusan itu,” katanya. 

Menurut Irfan, selepas perlawanan tidak diteruskan, pasukan T-Team terus ke hotel dan mengemas barang sebelum pulang ke Kuala Terengganu. 

Katanya, sebaik tiba di Kuala Terengganu, Azlan mengarahkan semua pemain dan pemain simpanan supaya membuat laporan polis pemain T-Team dipukul pegawai Johor FA. 

“Disebabkan saya tidak menyaksikan kejadian itu, saya tidak membuat laporan polis. 

“Dan saya membuat perakuan ini secara sedar menurut peruntukan Akta Perakuan Berkanun 1960. 

“Pada masa sama, saya membuat surat berhenti sebagai pemain T-Team bermula 4 Februari lalu kerana sikap tidak profesional pengurusan pasukan itu berkaitan kejadian yang berlaku di Stadium Larkin,” katanya. 

Irfan kemudiannya menyerahkan salinan surat berhenti berkenaan kepada wakil media yang hadir pada sidang media berkenaan. 

Menurutnya, dia akan pulang ke rumah keluarganya di Kulai untuk menjaga ibunya yang berusia 54 tahun dan seorang adik yang kurang sihat. 

Katanya, selepas membuat sidang media pertama pada 5 Februari lalu, ada pegawai T-Team menghubunginya supaya bertemu Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Said). 

“Saya ingin berbuat demikian namun tidak berkesempatan buat masa ini. Saya juga tidak menerima sebarang ancaman daripada mana-mana pihak kecuali beberapa kenyataan penyokong T-Team di Twitter. 

“Peletakan jawatan ini disebabkan masalah kesihatan ibu serta adik saya dan kejadian itu hanyalah kebetulan. 

“Memang benar saya perlukan wang untuk menjaga ibu dan sekarang ini boleh dikatakan saya mencari kerja baru,” katanya yang mempunyai kontrak bersama T-Team sehingga hujung 2015. 

Katanya, sebelum membuat laporan polis dan sidang media pada 5 Februari lalu, dia meninggalkan pelbagai barangannya di rumah sewa di Terengganu sebelum meminta rakannya membawa barangan berkenaan ke Johor Bahru. 

IRFAN Kecut?
Kelmarin, pemain T-Team Khairan Ezuan Razali dan penolong jurulatih Azlan Johar bersumpah di depan al-Quran bagi membuktikan kenyataan mereka bahawa Rodrigues ditumbuk ketika di dalam terowong itu adalah benar. 

Upacara itu disaksikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini meminta pemain dan pegawai T-Team beragama Islam bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan kebenaran.
pakaian dia pun tak ada (rumah sewanya di sini dikosongkan).

“Maknanya dia sudah bersedia untuk melarikan diri dan saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak bagus,” katanya.
Dalam pada itu Wan Ahmad Nizam menyerahkan kepada Evaldo Rodrigues, pemain import T-Team yang terbabit dalam insiden berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut termasuk membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Pemain import ini ada undang-undang sendiri.

Dia ada ejen dan sebagainya.

Sebab itulah saya kata terserah kepada mereka.

Dari segi PBSNT membawa perkara ini kepada FIFA mungkin sedikit terbatas kerana undang-undang FAM terlalu ketat.
“Bagaimanapun kita akan bawa kedua-dua perkara ini dalam mesyuarat T-Team selepas ini,” katanya.
IRFAN Kecut?


Related Post



Posting Komentar