Difahamkan, kedua-dua premis itu menawarkan aktiviti tidak bermoral kepada pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.
Bertindak atas maklumat, lokasi sama sekali lagi diserbu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.
Ketika diserbu tukang urut wanita leka menunggu pelanggan masing-masing di dalam bilik.
Beberapa keping kondom belum digunakan yang dipercayai dijual pengusaha kepada pelanggan turut ditemui ketika serbuan dijalankan.
Pemeriksaan lanjut mendapati pengusaha tidak mengendahkan tindakan yang dikenakan terhadapnya dan membuka kembali premis berkenaan walaupun baru sahaja dikenakan tindakan penutupan.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, pengusaha juga seolah-olah mencabar pihak berkuasa yang melaksanakan tugas.
Menurutnya, kedua-dua premis dilengkapi dengan kamera CCTV dipercayai bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.
“Pengusaha menyediakan bilik urut berasingan kepada pelanggannya. Mereka yang ingin mendapatkan khidmat seks dan urutan badan ke badan (B2B) diasingkan dalam ruang bilik kecil,” katanya.
Majlis mengenakan tindakan sitaan peralatan yang digunakan untuk tujuan urutan termasuk katil, tilam, bantal, tuala, dan minyak urut.
Premis disita di bawah UUK 3 Undang-undang kecil pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan MPSJ 2007 kerana mengendalikan pusat urut tanpa lesen dari MPSJ.
Pengusaha juga berdepan denda maksimum RM1,000 bagi setiap kesalahan dilakukan.
Posting Komentar