Kesihatan kulit baby perlu diutamakan

Posted by Semua Berita Ada Disini

KAJIAN yang dilakukan Johnson’s® baby menunjukkan kulit bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak berbeza daripada kulit orang dewasa daripada segi fungsi dan komposisinya. Kulit bayi lebih mudah kering, rengsa dan terkena jangkitan berbanding dengan kulit orang dewasa.
Menurut Pakar Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon kulit bayi ialah 30 peratus lebih nipis berbanding dengan kulit golongan dewasa.
"Sebelum bayi dilahirkan, kulit nipis ini mencukupi untuk melindungi bayi kerana mereka selamat di rahim ibunya. Namun, apabila mereka dilahirkan, tubuh badan termasuk kulitnya memerlukan masa untuk berkembang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan lebih mencabar.
"Walaupun kulit seseorang berubah sepanjang hayat, penjagaan kulit yang betul penting untuk memastikan perkembangan kulit yang sihat dalam tempoh beberapa tahun pertama bayi. Kulit bayi yang lebih nipis mempunyai kandungan lipid dan humektan yang lebih rendah. Lipid bertindak untuk memerangkap kelembapan, manakala humektan bertindak sebagai span yang menyerap dan mengekalkan kandungan air. Tanpa lipid dan humektan yang mencukupi, kulit bayi mudah menjadi kering berbanding dengan kulit orang dewasa," katanya pada sidang media anjuran Johnson’s® baby baru-baru ini.
Selain itu, kulit bayi yang nipis boleh mengakibatkan alahan kulit dan kerengsaan.
Alahan kulit boleh berlaku disebabkan oleh sistem imuniti bayi yang masih belum matang dengan sepenuhnya.
Dr. Kin Fon menggambarkan sistem imuniti bayi sebagai angkatan askar yang tidak berpengalaman di medan peperangan.
"Memandangkan kita tinggal di persekitaran yang tercemar, banyak bahan pencemar yang menyentuh kulit bayi. Dengan adanya bahan sebegini, ‘angkatan askar yang tidak berpengalaman’ ini mudah panik dan mula menyerang, namun mereka masih tidak tahu membezakan antara bakteria yang baik dengan yang bahaya.
"Ini berbeza dengan sistem imuniti orang dewasa yang ‘cukup terlatih’ dan dapat ‘menilai’ keadaan bahaya sebelum bertindak. Sistem imuniti anak yang terlebih bertindak iaitu menyerang bakteria yang mungkin tidak berbahaya menyebabkan alahan kulit," katanya.
Oleh itu, setiap produk yang digunakan pada kulit anak anda memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi kesihatan kulit mereka kerana komponen kimia daripada produk mungkin akan membahayakan kulitnya.

Related Post



Posting Komentar