KEBANYAKAN kita setuju jika dikatakan wanita sekarang lebih moden, maju, berjaya dan berpelajaran.
Di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.
Lebih membimbangkan, satu kajian dari Universiti Amsterdam, Belanda baru-baru ini mendapati tabiat itu yang diamalkan ketika mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi seorang homoseksual.
Pakar neurobiologi Universiti Amsterdam, Profesor Dr. Dick Swaab berkata, selain tabiat merokok, pengambilan alkohol juga boleh membuatkan anak menjadi bodoh.
Melalui kajiannya itu, Swaab mendapati gaya hidup seorang wanita mengandung secara tidak langsung boleh mempengaruhi seksualiti dan tahap pemikiran anak mereka.
Jelasnya, pengambilan dadah atau tinggal di kawasan yang udaranya tercemar memberi kesan buruk kepada perkembangan janin dan mempengaruhi proses pembesaran bayi.
"Pengambilan hormon sintetik dan tabiat merokok semasa mengandung boleh meningkatkan peluang untuk anak yang dilahirkan menjadi homoseksual .
"Pengambilan alkohol, pula boleh menyebabkan tahap pemikiran anak menjadi lemah," jelasnya.
Adakah kajian ini benar?
Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Dr. Mathi Arasu Muthusamy, fakta yang mengatakan wanita hamil yang merokok boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi homoseksual sebenarnya belum ada bukti yang kukuh.
"Walaupun ada kajian yang dibuat, masih belum ada bukti yang mengatakan kecenderungan anak yang dilahirkan menjadi homoseksual dipengaruhi oleh tabiat merokok. Pun begitu, wanita hamil yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat mungkin boleh memberi kesan genetik kepada kandungannya.
"Sebenarnya, mereka yang merokok ketika hamil,berisiko menghidap penyakit yang lebih kronik. Pada pendapat saya, kajian tersebut secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada wanita hamil supaya tidak merokok," ujarnya.
Kesan buruk kepada wanita
Dr. Mathi memberitahu, merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta melahirkan.
"Alangkah baiknya jika wanita itu sendiri tahu bahawa merokok meningkatkan risiko mereka mendapat barah pangkal rahim dan barah payu dara sebelum menopaus.
"Jika perokok lelaki sering dikaitkan dengan penyakit paru-paru, wanita sebenarnya mempunyai masalah yang lebih serius. Golongan ini berisiko mengalami masalah reproduktif dan kanser. Wanita yang merokok akan menggandakan risiko menghidap kanser pangkal rahim," jelasnya.
Tambahnya, merokok dalam kalangan wanita mempercepatkan hilangnya telur dan menjejaskan fungsi reproduktif atau kesuburan, malah perokok wanita berisiko tinggi untuk mendapat haid tidak normal selain mempercepatkan proses menopaus beberapa tahun lebih awal daripada wanita tidak merokok.
Ini kerana merokok mengganggu keupayaan sel dalam ovari menghasilkan estrogen, menyebabkan telur wanita lebih mudah menghasilkan kerosakan genetik.
Beliau menekankan, jika dibandingkan dengan wanita tidak merokok, perokok wanita berkemungkinan mengalami ketidaksuburan yang boleh melewatkan proses kehamilan.
Dr. Mathi berkata daripada bukti sehingga kini, nampaknya wanita yang merokok lebih cenderung untuk mengalami kesakitan semasa datang haid dan putus haid pula berlaku lebih awal iaitu kira-kira setahun atau dua tahun lebih awal berbanding dengan yang tidak merokok.
"Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia jika dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih ramai meninggal dunia pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat satu hingga tiga peratus dadah nikotin.
"Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar dan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan selain bahaya karbon monoksida, sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen," katanya.
Selain itu, bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan pada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150 hingga 200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal.
Beliau menjelaskan, bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko tersebut lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok .
Pencegahan
Dr. Mathi menasihatkan wanita hamil yang merokok supaya berhenti merokok.
"Bagi mereka yang mempunyai pasangan yang merokok, elakkan diri daripada terhidu asap rokok. Dalam masa yang sama, elakkan diri daripada tempat sosial yang terdedah dengan asap rokok.
"Kepada perokok, ambil ubat jika perlu. Ia boleh membantu meredakan rasa ketagihan dan tekanan. Anda boleh mengambil gula getah bernakotin, lozenges dan lain-lain. Doktor anda juga boleh memberi ubat. Menggunakan produk pengganti nakotin atau ubat lain mampu melipat gandakan peluang anda untuk berhenti merokok," katanya.
»KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
Masalah dan penyakit pernafasan
Perkembangan kecerdasanotot terjejas
Jangkitan telinga
Leukemia
Kanser otak
Lelah â" meningkatkan simptom lelah
Sindrom kematian secara mengejut.
»TIP BERHENTI MEROKOK
Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang lain seperti pensil, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan anda lupa untuk mengambil rokok
Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau roti gandum
Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana kadar gula rendah
Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu yang menggembirakan anda
Jika anda merokok untuk mendapatkan kesenangan, cari kesenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang yang merokok
Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok
Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain
Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti sebentar pada akhir tarikan nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang.
»KESIMPULAN
Merokok menyebabkan fungsi ovari merosot dan memberi kesan buruk kepada sperma
Merokok menyebabkan proses IVF lebih sukar
Merokok memberi kesan kepada anak dalam kandungan
Pasangan yang merancang mendapat bayi perlu elak merokok dan pendedahan menjadi perokok pasif.
Toluena
Pelarut
industri
Cat
Metana
Gas pembentung
Asid asetik
Cuka
Karbon monoksida
Hexamine
Barbeku ringan
»Info
Kandungan Rokok
»KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
Masalah dan penyakit pernafasan
Perkembangan kecerdasan otot terjejas
Jangkitan telinga
Leukemia
Kanser otak
Lelah â" meningkatkan simptom lelah
Sindrom kematian secara mengejut.
»TIP BERHENTI MEROKOK
Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang lain seperti pensel, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan anda lupa untuk mengambil rokok
Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau roti gandum
Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana kadar gula rendah
Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu yang menggembirakan anda
Jika anda merokok untuk mendapatkan kesenangan, cari kesenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang yang merokok
Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang tidak merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok
Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain
Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti sebentar pada akhir tarikan nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang.
»KESIMPULAN
Merokok menyebabkan fungsi ovari merosot dan memberi kesan buruk kepada sperma
Merokok menyebabkan proses IVF lebih sukar
Merokok memberi kesan kepada anak dalam kandungan
Pasangan yang merancang mendapat bayi perlu elak merokok dan terdedah dengan perokok.
Arsenik
Racun
Kadmium
Bateri
Nikotin
Racun
serangga
Butana
Cecair
pemetik
api
Metanol
Bahan api roket
Ammonia
Pembersih
tandas
Asid
Sterik
Lilin asid
Rokok
Posting Komentar