Info Menarik & Cerita Menarik
Fizo Pun Naik Pelik
Tergelak besar membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Fizo Omar menerusi laman Facebooknyaberkenaan dengan satu artikel mengenai dirinya dan isteri. Mana taknya, Fizo sendiri pelik apabila perbuatannya membawa isteri ke mana-mana dijadikan isu. Gambar di bawah dikongsikan oleh Fizo dengan caption berbunyi “Ai!!! Bwe isteri ke mana-mana pun jadi isu gak??? Hmmmm.“.
Daripada kebanyak komen yang ditulis oleh para peminat Fizo, ramai yang melahirkan rasa kehairanan dengan isu ini. Bagi mereka, isteri yang dah halal sepatutnya tidak menjadi masalah untuk dibawa ke mana-mana menemani suami. Apa yang dijadikan isu ialah mereka yang berkepit siang dan malam tanpa ikatan yang sah di sisi agama. Lagipun tempat seorang isteri sememangnya sentiasa di sisi suaminya.
Dunia sekarang ini memang macam-macam sikit. Suka dan gembira apabila Fizo sering membawa isterinya ke mana-mana. Nampak sangat ikatan mereka sangat mesra dan kukuh. Lagipun orang kata, dekat di mata dekat di hati. Kita kenalah faham yang mereka pun baru berkahwin. Bagi peluanglah untuk mereka berkepit lebih sikit. Tak gitu?
Apa pula pendapat anda? Lagi beberapa gambar Fizo Omar dan isterinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Posting Komentar