Info Menarik & Cerita Menarik
Penjelasan Tokeh Restoran
Kecoh juga semalam menerusi media sosial apabila tersebarnya gambar bil harga makanan berjumlah RM1,415 di sebuah restoran di Temerloh, Pahang. Ramai yang memberi pandangan harga makanan itu terlalu mahal dan sangat mengejutkan. Ada juga yang menasihati agar mereka yang mahu menjamu selera disana bertanyakan dahulu harga makanan sebelum makan bagi mengelakkan mereka ‘dikenakan’ caj sedemikian.
Namun bagi pemilik kedai makan tersebut, Haris Bakri Ismail, 46, tidak timbul sebarang isu pelanggan tidak puas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan. Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.
“Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh. Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan. Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail.
Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga juga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.
p/s: Makan memang sedap, bayar pun kena ‘sedap’ lah jugak kan…
Posting Komentar