Kemungkinan Syamsul Yusof Akan Bernikah Di Hospital

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Kemungkinan Syamsul Yusof Akan Bernikah Di Hospital


Hanya tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berlangsung. Banyak juga halangan yang terpaksa ditempuhi oleh bakal pengantin ini.
sy
Terkini, pengarah popular Syamsul Yusof dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles selepas disyaki menghidap demam denggi.
Ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan yang anaknya itu sempat bergurau untuk bernikah di hospital sekiranya keadaan dirinya tidak bertambah baik. Kata Datin Patimah Ismail kepada Mstar Online:-
Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi.
Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti.
Dalam pada itu, Datin Patimah turut meminta agar semua peminat dapat mendoakan kesihatan anaknya itu agar kembali pulih secepat mungkin.



Related Post



Posting Komentar