Info Menarik & Cerita Menarik
Yusof Haslam Menangis
Fuh~ produser filem terkenal Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu.
Menerusi Mstar Online hari ini, ini 'luahan gembira' Yusof Haslam ketika menonton konsert tersebut:
Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.
"Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu," katanya selepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.
Fatin pun kalau berada ditempat Datuk sure akan sebak dan "menangis". Bukan apa Fatin ni jenis yang mudah mengalirkan air mata.. huhu..
Erra Fazira dan Awie dalam salah satu babak alkonan semula filem 'Sembilu'.
Yusof Haslam juga percaya konsert ini bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.
Awie dan Ziana Zain dalam babak filem 'Maria Mariana'. |
"Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan", ujarnya.
Awie juga mengakui kejayaan pementasan ini menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira dan secara tidak langsung hubungan persahabatan mereka bertiga kembali terjalin seperti dahulu.
Ziana, Erra Fazira dan Awie dalam lakonan semula filem 'Maria Mariana'.
"Konsert ini menutup semua cerita dan kemelut antara saya dan Erra, di sini kami buktikan yang kami boleh jadi kawan baik dan melupakan masalah yang lalu," katanya.
Oh ya, Konsert Teaterikal Suara Kita dipentaskan dari 3 Mac sehingga 9 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya dan harga tiket pementasan dijual dari RM79 sehingga RM499 melalui kaunter Istana Budaya.
Posting Komentar