Mengenang Kembali

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Mengenang Kembali


Memori pahit.
 Malaysia-Singapore Airline (MSA)
 MH653, boeing 737 terhempas di Tanjung Kupang, tragedi 1977.
 
Baca lagi....
Fobia juga mendengarkan tragedi pesawat terhempas ni. Kalau nak naik flight tu, make sure sembahyang cukup dan doa lah banyak-banyak supaya perjalanan tu selamat. Kalau mengenangkan tahun 1977, sudah tentu aku belum lahir lagi pada masa tu. 10 tahun selepas tragedi barula aku lahir. Selepas membaca berita berkenaan tragedi ini di suratkhabar 2 minggu lepas, aku tertarik untuk membuat entri.

Tragedi Tanjung Kupang 4 Disember 1977 !

*Kronologi kapal terbang terhempas,sila klik*
Pada tarikh 4 Disember 1977, berita pesawat terhempas telah menggemparkan rakyat malaysia terutamanya seluruh penduduk di Tanjung Kupang, Johor. Pesawat MH635 yang terhempas itu telah mengorbankan 100 nyawa73 orang daripadanya ialah rakyat Malaysia.


*Pemeriksaan harta pusaka mangsa*
Penduduk Kampung Tanjung Kupang telah mengalami ketakutan yang teramat sangat apabilagegaran kuat berlaku di kampung mereka. Disertai dengan letupan dan percikan api yang hebat,rata-rata penduduk kampung telah bergegas untuk melihat kejadian tersebut dengan mata kepala sendiri. Ada juga yang hanya duduk berselindung di sebalik pintu rumah.
*Harta pusaka mangsa*

Bagaimana boleh terhempas?Mengikut pelbagai sumber, berlakunya tragedi rampasan kapal terbang yang telah menyebabkan pesawat yang sepatutnya mendarat di LTAS (Subang) telah meneruskan penerbangan ke Singapura. Hingga akhirnya kedua-dua pilot MH635 mati ditembak dan mengundang keterhempasan kapal terbang tersebut.


*Menghancurkan kawasan ladang getah sepanjang 2.5 km*

Perkara yang sangat menyayat hati adalah tiada tengkorak dijumpai di kawasan terbabit. Hanyacebisan-cebisan daging dan isi perut yang hangus bersepahan di kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

*Masih menjadi misteri*

p/s : Malang tidak berbau. Ajal di tangan Tuhan. Semoga kita dijauhkan daripada malapetaka,bencana,dan perbuatan kejam manusia.



Related Post



Posting Komentar