Penjelasan Hanez

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Penjelasan Hanez


Menarik juga jawapan dari Hanez. Menerusi portal GUA, Hanez berkata, dia tidak bersalah dalam isu keretakan rumahtangga Romie memandangkan mereka baru tiga bulan berkenalan manakala isteri Romie sudah menfailkan penceraian sebanyak dua kali dalam tempoh lapan bulan. Sehubungan itu, katanya, dia akan teruskan hubungan cinta dengan Romie walaupun tahu masalah yang dihadapinya belum lagi selesai. Bagi Hanez, tidak salah untuk berkawan selagi kekasihnya tidak undur diri dan memutuskan hubungan cinta mereka.
hanez suraya
“Saya tiada niat mahu ganggu, tapi saya rasa tidak salah untuk saya berkawan dengan dia. Dia pun mahu berkawan dengan saya. Saya rasa tak salah. Lainlah kalau pihak lelaki sudah mahu undur diri, saya pula masih terkejar-kejar. Dia jujur dengan saya, awal perkenalan, dia telah tunjukkan keikhlasan dirinya. Dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya, jadi perkara itu buat saya yakin. Dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya.”
Dibawah pula adalah penjelasan Hanez berhubung isu kereta mewah yang didakwa diberikan oleh Romie kepadanya. Jelas Hanez:
hanezkeji2
“Mengenai isu kereta pula, ada mengatakan Romie memberikan kereta jenis Alphard Vellfire kepada saya. Saya sangkal perkara ini kerana saya membeli kereta itu sendiri. Kereta tersebut sudah saya gunakan pada bulan Ogos, sebelum mengenali Romie lagi.”
Rasanya sudah pelbagai bentuk penjelasan diberikan oleh Hanez Suraya namun setakat ini, ternyata nasib masih belum menyebelahinya. Boleh dikatakan, peminat dan media seperti memberi sokongan sepenuhnya kepada Nurliyana (Liyana Manan).
Ke kat sini ada penyokong Hanez? Sila angkat tangan… hihi



Related Post



Posting Komentar