Update Terkini - TUDM Kesan Kapal Di Laut Andaman

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - TUDM Kesan Kapal Di Laut Andaman


Panglima Angkatan Tentera Udara (PTU)Tan Sri Rodzali Daudmengesahkan radar TUDM berjaya mengesan satu pesawat yang tidak dikenali kira-kira pukul 2.15 pagi, Sabtu lalu pada kedudukan barat laut Pulau Pinang. Beliau berkata, atas faktor itu pihak TUDM tidak boleh mengesahkan sama ada pesawat berkenaan adalah MH370 atau sebaliknya

Beliau berkata atas asas itu juga pihaknya tidak boleh membuat sebarang pengesahan sebalik hanya menyatakan ada kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik seperti kenyataannya sebelum ini.
radar tudm kesan pesawat di laut andaman
“Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370. Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti,” katanya dalam laporan berita hari ini.
Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial. Jelasnya tentera sedang menganalisis semua maklumat berhubung kejadian. Beliau berkata, tindakan memperluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dilaksanakan lebih awal berikutan pihaknya memerlukan kesahihan dengan membandingkan rekod radar penerbangan awam.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)menjelaskan terdapat perbezaan antara radar utama dan radar kedua. Katanya, radar utama bagi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gerakan SAR diperluaskan hingga 25,000 batu nautika ke Laut Andaman membabitkan 12 negara dengan penyertaan terbaru Jepun, India dan Brunei. Beliau berkata, peluasan kawasan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka itu berikutan wujud kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik.
Sumber: Petikan Utusan dan myMetro


Related Post



Posting Komentar