Scripters
MH370 :Tarikh Mengumumkan Tiada Mangsa Yang Selamat (Kematian) Sedang Ditetapkan
20/4/2014: Perkembangan terbaru tragedi MH370 pada hari ke-43 hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh BH Online yang memetik kenyataan dari Timbalan Menteri Luar, Hamzah Zainuddin bahawa Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 sedang menetapkan satu tarikh bagi mengumumkan tiada mangsa yang terselamat supaya urusan dokumentasi termasuk sijil kematian dapat dikeluarkan.
MH370: Kerajaan, waris timbang satu tarikh pengesahan.
Manakala dalam Utusan Online pula dalam mengulas isu yang sama melaporkan juga kenyataan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dalam sidang akhbar di Hotel Royal Chulan, di sini hari in bahawa perkara ini tidak boleh berpanjangan dan kena ada tempoh tertentu kerana banyak masalah timbul seperti urusan perbankan dan soal kehidupan.
Memang betul sebagaimana yang dikatakan itu memandangkan masa menunggu yang agak lama bagi para waris bagi mengetahui nasib sebenar yang berlaku kepada keluarga mereka dalam tragedi MH370 yang sudah berlarutan agak lama. Keluarga penumpang dari China nampaknya lebih agresif dan sudah tentulah menimbulkan kesukaran pihak MAS untuk berunding ataupun menyampaikan sesuatu yang muktamad terhadap nasib yang menimpa MH370. - Utusan
Posting Komentar