Harian metro1 Online
VIDEO : Jawapan Dan Penjelasan Penuh Ustaz Don Buat Wardina!!!
Umum telah mengetahui isu atau perselisihan di antara Wardina dan Ustaz Don yang dimulakan Wardina sehingga kepada Wardina memohon maaf. Bagi yang terlepas isu ini, Video di bawah adalah jawapan Ustaz Don kepada Wardina Safiyyah.
Wardina telah menulis satu respons panjang lebar untuk menerangkan perkara ini :
Saya terkejut dengan respons untuk post Ustaz Don. Seharian sibuk dan melihat response yang berbagai sebelah petangnya. Cukup sedih membaca sesetengah dari komen-komen. Saya mahu kepastian dengan isi penyampaian ustaz setelah dishare video ini di inbox saya, dan ditanya oleh seseorang. Saya biasa bertanya dan berkongsi permasalahan dan persoalan yang ditanya kepada saya.
Saya TIDAK pernah 1.MENGUTUK 2.MENGECAM 3.MEMPERLEKEHKAN Ustaz. Saya tak pasti dan kecil hati serta keliru melihat pertuduhan Ustaz kepada Ikhwanul Muslimin (halal darah mereka…Ikhwanul Muslimin adalah salafy wahabi?) dan sesetengah kisah yang ustaz bawa. TIdak ada kata-kata kesat mahupun tidak baik dari saya. Semuanya jujur dari hati.
Kita semua perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan. Ada khabar angin entah dari mana mengenai staff di TV Hijrah minta saya upload video TIDAK BENAR. Saya tak kenal staff tersebut.
“Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut.”
??? Tak ada masa saya ikut cakap staff yang saya langsung tak kenal. Agak tak masuk akal. Sebenarnya tak masuk akal langsung.
Saya sebagai seorang yang mahukan kebenaran, mencari dan bertanya. Saya suka bertanya. Saya ikhlas bertanya. Bukan ada niat tersembunyi dimana-mana. Banyak perkara yang saya kongsi di FB. Ini satu daripadanya. Saya ingat pada mulanya mahu kita berdiskusi, namun jelas kita belum boleh bersifat terbuka. Maafkan saya.
Video tersebut…ya iainya diedit… namun pada saya ianya BUKAN video aib. Itu ceramah ustaz, apa yang aib tentang ceramah ustaz? Menggali masa silam saya, ya itu aib. Maafkan saya kerana cuba bertanya. Sebab saya ini jahil, tidak ada ilmu. Ramai yang berkata kepada saya kenapa tidak bertanya secara ‘private’? Sebab jujur sebelum ini saya rasa tak perlu, sebab ianya BUKAN video aib. Ianya ceramah ustaz. BUKANnya video mengaibkan ustaz. Saya tidak lihat ianya sebagai mengaibkan ustaz.
Saya juga tidak ada handphone Ustaz Don. Setelah ini terjadi maka saya mencari dan sudah sms Ustaz tadi setelah bertanya kepada rakan. InsyaAllah saya yakin Ustaz akan jawab. Saya akan cuba hadir ke kuliah Ustaz dan cuba bersemuka dengan Ustaz InsyaAllah. Saya orang yang jujur. Tak ada yang mahu disembunyikan. Ustaz orang yang baik, saya pernah berjumpa dengan Ustaz dan Husna di rumah Prof Muhaya. Saya hormat Ustaz sebagai orang yang lebih alim dan berilmu dari saya. Saya ni pula pendosa.
Ini bukanlah personal attack kepada ustaz. Cuma mahu bertukar pendapat secara terbuka mengenai “inti” ceramah ustaz. Orang ramai memang dah tahu, kerana ianya ceramah umum. It’s something public anyway. It has always been public. Boleh sama-sama bertukar pendapat dan dibahaskan. Nobody should take this personally. THINK. I just want us to think. BUKAN nak mengutuk. But to be more open with ideas.
Saya tak kenal Puteri Nur Dayana. Wahabi, salafy, sufi, geng habib, ahbash, syiah, Ahli Sunnah, ahli Bidaah, macam-macam gelaran…Saya masih belajar. Jangan hina saya. Jangan hina mana-mana saudara kita. Kita semua ada pendapat masing-masing. Teruskan mencari ilmu. Itu saja kuncinya.
Jika orang yang mahu mencari kebenaran seperti saya dikecam, saya bimbang kita menjadi masyarakat yang tidak mampu berfikir. Saya bersikap terbuka dengan teguran. Terima kasih. Saya bertanya. Video tersebut bukan video yang memalukan. BUKAN video aib.
Sekali lagi, saya tidak mengecam ustaz. Video tersebut BUKAN video aib. Maafkan saya. Saya sudah cuba… saya tidak terdaya.
Moga Allah melorongkan setiap dari kita ke jalanNya yang lurus. Kerana akhirnya kita semua mahukan destinasi yang satu..yang kekal abadi. Dunia ini permainan.
***Artis yang Jahil. Maafkan saya.
Saya orang tiada ilmu. Setuju. I should sound less intimidating. Saya tak patut tulis status sebegitu. Saya tak patut suruh TV Hijrah menyemak kandungan Ustaz. Siapa saya? Sedar. Pendosa. Thank you for the reminder.
Ustaz lulusan tinggi bukan seperti saya. Setuju. Siapa saya? Nobody. Absolutely Nobody.
Maafkan saya.
Ikhlas.
No this is not sarcasm nor do I seek for anything. It is sincere.
Posting Komentar